Monday, January 31, 2011

MARI KITA SAMA2 BERDOA RAKYAT MALAYSIA DI EGYPT..

Salam semua...

Minta jasa baik semua yang berada di Malaysia,
Tolong, tolong, tolong, sebarkan pada semua.
Tingkatkan kesedaran.
Rakyat Malaysia di Egypt perlukan bantuan kerajaan.
Secepat mungkin.
Keadaan di Egypt adalah lebih buruk dari yg anda semua tahu.

Kami lihat, media utama di Malaysia tidak ketengahkan langsung hal Egypt.
Kata TPM, "Pelajar Malaysia selamat, tidak perlu dibawa pulang."

Please, jangan bergantung pada media tempatan dah.
Go online, bukak BBC, Al-Jazeera.
BUKA MATA, banyak lagi penting dari hal pilihanraya Tenang tu.

Kenapa, kenapa, student abroad je yg banyak sebarkan hal ni???
Lepas tu, keluarga pelajar Egypt yg kt Malaysia je risau.
Korang tak risau ke?
Tolong la, aku merayu ni.

Okay, wanna know the truth???

Airport di Alexandria dah tak boleh pakai.
Balai polis di sekitar Mansoura dan Alexandria dah dipecah.
Angkatan polis diarahkan untuk tidak mengawal, kononnya untuk susahkan lagi protes.
Penjara-penjara, yes, PLURAL, di sekitar Egypt dah dipecah masuk; lebih 6000 banduan terlepas di jalan-jalan Egypt.
Pelajar2 perempuan terpaksa bergantung dengan pelajar2 lelaki untuk mengawal rumah mereka.
picture credit to krisis mesir

Aduh, tak boleh tidur aku malam ni, menunggu updates dari Egypt.
Korang, please. Aku merayu ni. Sama2 kita tolong. InshaAllah, semua akan selamat.




kredit to : sherah

walaupun saya tak ada pertalian dengan sesiapa yang berada di egypt sekarang ni..tapi saya turut berasa simpati dan risau terhadap keadaan mereka yang terperangkap dengan keadaan di sana..saya harap anda semua begitu juga..kita beramai2 doakan keselamatan mereka dan agar mereka selamat dibawa pulang ke MALAYSIA..amiinn..~

Saturday, January 29, 2011

UKM --> MID VALLEY --> WANGSA MAJU --> DANAU KOTA --> ALAMANDA -->UKM

..........ASSALAMUALAIKUM W.B.T..........

kali ni nak cerita pasal seharian saya berjalan semalaman dengan kawan2 saya semalam pula..dari tengah hari sampai la ke.....rahsia..hehe..ok..semalam mula2 kitorang jalan2 dulu kat pusanika UKM sebab kat pusanika ada booth jual2 baju, selendang, buku, & macam2 lagi la..biasala perempuan kan..setakat cuci mata pun dah kira puas hati walaupun tak beli..hehe..lepas tu kitorang terus gerak naik tren ke MID VALLEY..

ding dong..'stesen MID VALLEY' katanya operator tren..fuhh..! lega dah sampai..mau nak tergolek dibuatnya dalam tren tu tadi sebab ramai sangat orang macam sardin dah..cepat2 kitorang keluar tren tu & jalan2 la kat mid valley tu..niat nak pergi situ sebenarnya nak pergi pc fair..boleh tahan juga la pc fair kat situ..tapi tak suka sebab sesak sangat..tapi yang penting bak kata orang kan..alang2 menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan..dengan tak semena2 kitorang pon sambil2 tu shopping la sikit2 kat jusco mid tu..tapi saya tak beli apa2 tau..percaya tak..?? hehe

ok..selesai sudah misi di MID VALLEY..destinasi seterusnya adalah Wangsa Maju..misi ke sana adalah sebab membe saya nak ambil kereta baru dia dekat abang dia..so..datang dengan tren..nak pergi kl sentral pon dengan tren la kan..korang nak tau apa jadi..??


lihatlah betapa ramainya orang yang tengah tunggu tren..huhu..(sila abaikan tangan peace diatas..haha) kitorang sampai terpaksa lepaskan 2 buji tren sebab tak muat nak masuk..punya la sesak dalam tren tu..kalau tadi tren dari UKM dah macam sardin..saya tak tahu la yang ni sesak macam apa dah..huhu..last2 kitorang ambil keputusan untuk mengambil teksi je untuk pergi ke stesen LRT yang berdekatan sebab time tu dah nak magrib..


ni la membe2 seperjuangan saya..hehe


bosan sementara tunggu tren sampai..haha

pastu dah naik teksi sampai LRT berdekatan..kitorang solat magrib dulu..then terus menuju ke Wangsa Maju..bila dah sampai sana..dah selesai misi kat sana pula..kitotang terus menuju ke kedai makan di Danau Kota sebelum kitorang jalan2 kat UPTOWN..boleh tahan juga la..dua kali pusingan juga kitorang jalan kat situ sebab nak cari barang yang betul2puas hati kan..last2..saya terjumpa skirt yang dicari2..tadaaa...


dah lama teringin nak cari skirt macam ni..tapi sebelum ni tak ada keyakinan yang cukup lagi untuk membeli sebab nya...hmm...ada la..mana boleh bagitau..haha..mula2 nak beli warna putih pink..tapi macam susah nak padankan dengan baju so ambil warna hitam je..senang nak padankan dengan macam2 warna kan..murah je..saya dapat harga RM 28..tak tahula kalau ada orang pernah jumpa lagi murah..huhu

nampaknya semua membe2 saya pon dah puas hati dapat buah tangan masing2 kat UPTOWN tu..dengan tanpa membuang masa kitorg terus pergi terjah putrajaya pula..ambil2 gambar jap kat jambatan situ..pastu pergi ALAMANDA..tujuan..?? untuk berkaraoke..haha..tapi kitorang ambil setengah jam je..sebab kedai tu dah nak tutup dah lagi setengah jam..huhu

tamatla sudah lepas setengah jam kitorang berkaraoke dekat situ..dengan mata kuyu masing2..kitorang bergerak pulang ke kolej masing2 di UKM ni..sekian..~

Wednesday, January 26, 2011

KUACI CHA CHEER..

............ASSALAMUALAIKUM W.B.T...............

kalau tengok tajuk entry kat atas tu mestila sebab nak cerita pasal kuaci tu kan..sebenarnya semalam jalan2 pergi beli barang2 keperluan..then terlalu pula kat bahagian makanan nampak kuaci cha cheer ni..apa lagi cepat2 la ambil kan..sebab aku suka gila makan kuaci ni..rasanya banyak2 jenis kuaci..kuaci ni paling sedap..sedap rasa dia manis pastu wangi je..rasa feel je bila nak makan tu tau..hahaha

tapi korang pernah dengar tak isu pasal kuaci ni dulu..ada khabar angin dulu katanya kuaci ni tak halal masa mula2 pengeluaran dia..start dari situ la aku dah stop berhenti makan kuaci ni..sebab was2..then sekarang bila aku usha2 balik..kuaci ni dah diiktiraf halal..logo halal dia pon logo halal yang tulen..so..sekarang tanpa was2 lagi  aku membelinya..hehe

sebab tadi dah kempunan sangat tengok paket kuaci ni kan..aku pon start memulakan operasi untuk memakannya bermula dari jam 2 petang sehingga la 3 petang..non stop tu..haha..tapi tak adala aku makan khusyuk gitu je..sambil tu aku blogwalking & facebooking la kan..hehe..tapi serius penat tu makan kuaci ni non stop sorang2..abes kecut bibir ni..nak stop tak boleh sebab makan kuaci ni macam gian..susah nak berhenti kalau dah makan..so nak tak nak..kena makan sampai habis..haha


ni la hasilnya..baru paket kecil dah makan masa sejam sampai kecut bibir..kalau paket besar tak tau la apa jadi..huhu

okla..tu je nak merapu..daa..(sambil buat muka puas hati dapat makan kuaci..hahaha)

Tuesday, January 25, 2011

RUMAH MURAH UNTUK DIJUAL DICARI..!!!

...........ASSALAMUALAIKUM W.B.T.............

ha..kali ni nak mintak tolong lagi sekali dengan korang semua..sesiapa yang ada info tentang rumah yang nak dijual dengan harga RM 70 k ke bawah sila bagitahu saya ye..kalau boleh area kl atau selangor je..sebab saya tengah membantu seseorang mencari rumah untuk dibeli dengan budget yang tidak berapa tinggi..tolong ye..nanti dapat pahala..hehe..ha..kalau dapat tolong bagitau kawasan mana harga rumah yang paling murah pon ok juga..sebab yang saya tau harga rumah kat Bandar Baru Bangi sekarang memang tinggi..tapi tak sure lak harga rumah area mana yang murah..huhu

-google image-

okla..nak minta tolong tu je..senang kan..hehe..daa..

Sunday, January 23, 2011

MELAWAT ZOO NEGARA..YEAY..!!

.........ASSALAMUALAIKUM W.B.T.........

uish dah lama saya tak update blog bucuk saya ni kan..sebabnya kemalasan + kepenatan + kesibukan = tak ada masa nak update blog..huhu..ok..entry kali ni nak cerita pasal saya pergi zoo negara aritu..macam budak2 pula kan..hehe..teringat tu zaman kanak2 dulu time sekolah rendah..selalu buat lawatan sekolah pergi muzium la..pergi zoo la..pergi petrosains la..mesti excited tahap maximum punya la..yela..saya duduk johor..buat lawatan pula ke kl..mau tak seronok dapat jalan jauh..budak2 la katakan..haha

ok..back to the story..aritu tetiba tembam saya ni ajak saya pergi zoo..dia kata dia tak pernah pergi zoo time dia kecil2..plus pula membe dia ada yang baru lepas pergi zoo tu bercerita pula dengan dia pasal binatang2 kat sana kan..lagi la bertambah excited dia mengajak saya pergi ke situ..then dengan kesungguhan dia mengajak saya..saya pon temankan la dia..kesian la pula kan tengok dia beriya nak pergi zoo tu..lagipun saya pernah pergi zoo tu pon sekali je..tu pon time kecil2..so dah lama la kan..ingat2 lupa je tengok binatang time tu..

ha..jom kita tengok gambar jela eh..penat la nak bercerita..huhu..

si zirafah yang tinggi lampai..excited dapat tengok real..haha

 si gajah yang peramah..comel tau gajah ni..senyum je..cute habis la..rasa nak bawa balik je..hehe

 si merak yang cantik..tak dapat tengok time dia kembangkan ekor dia..tapi kepala dia yang warna biru tu memang cantik..subhanallah..

 si ayam yang comel warnanya..badan dia warna putih..tapi tengah2 dia warna hitam..memang cantik dan juga lincah..time ni dia tengah mengepak kepaknya dengan laju..

 si rusa yang sedang menikmati makanannya..pakcik yang bagi makanan rusa ni time ni kerek gila..huh..!

 si singa yang garang..si jantan baru epas usha si betina..haha

 
 si ostrich yang laju..

 si unta yang mempunyai bonggol sedang berehat..tapi yang belakang tu tengah terbongkang baring..comel je..haha

 si tikus yang terbesar..memang besar gila la tikus ni..geli tu..

 si...tak ingat lak nama dia..tapi comel..kecil je badan dia..hehe

 si..tak ingat juga..tapi lincah tau binatang ni..tetiba saya tengah cari dia kat bawah..dia dah panjat naik atas pagar tu..hehe

 si..tak dapat detect nama dia..tapi rasanya ni la orang utan kan..tengok muscle dia..korang ada..?? huhu
tapi serius..tak tipu..gaya dia sebiji macam manusia..cara duduk dan berdiri..

 si..tak tahu juga nama dia..tapi memang besar gila la binatang ni..kalau tak silap ni bukan mawas eh..?? kalau salah maaf la ye..huhu

 si harimau yang lawak..sebab dia lari2 then terus terjatuh dalam air tu..semua orang gelakkan dia..haha

 si leopard yang paling pantas berlari..kagum dapat tengok real tu..

 si buaya yang belum membesar..

 si iguana yang pandai menipu dengan warnanya..

 si ular sawa yang besar..

 si labi yang sedang melihat ke atas..tapi kenapa mesti semua tengok atas ek.??

 si kura2 yang terbesar..seberat 120 kg..

 si kelawar yang tergantung..

 si lebah yang telah di awet..

 si penguin yang cute..hehe

si ikan yang teramatla besar dan panjang..

si badak air sedang makan dengan sedapnya..

si kuda yang manja..

si kuda yang mempunyai style rambut..haha

ok la..tu je..maafla kalau entry kali ni banyak gambar..hehe..sebenarnya ada banyak lagi..tapi yang lain rasanya binatang yang dah selalu kita nampak kot..so tak payah la kan..daa..

Monday, January 17, 2011

BINATANG BERNAMA TOKEK..

.........ASSALAMUALAIKUM W.B.T........... 

eh korang pernah dengar cerita pasal binatang bernama tokek ni tak ek..?? sebabnya kan..hari tu terbaca kat paper ada cerita pasal tokek ni..first time tu dengar kewujudan binatang ni..tak tahu la..kalau aku sorang je ke yang 'katak bawah tempurung' yang tak tahu pasal binatang ni kan..huhu..ke korang pon tak tahu juga tapi cover2 buat2 tahu..?? lebih baik ngaku..! hahaha..

- google image-

ha..bagi yang tak pernah tahu atau pernah tengok atau seangkatan dengannya..ni la binatang yang bernama tokek tu..dia macam cicak kan kalau kita tengok..tapi dia ada tompok2 pula kat badan dia..macam geli pon ada..macam cantik pon ada..hehe..

binatang ni kalau bagi sesiapa yang belum tahu..harga dia agak mahal..bukan agak mahal lagi kot..memang mahal yang teramat tau tak..?? kalau tak silap saya harga dia pada oktober 2010 berat seekor tokek yang lebih kurang 1kg boleh cecah sampai RM 12juta..uish mak aihh..!! mahal tu..boleh jadi jutawan sekelip mata je tu even ada seekor tokek je korang bela then jual..kaya wo0o0o..

mula2 aku confuse juga kenapa harga binatang ni pon boleh mahal sampai macam tu sekali kan..then aku kaji punya kaji..aku dapat tau binatang tokek yang korang geli2 kan ni..dia mempunyai khasiat korang tau..bak kata orang 'don't judge a book by its cover' ok..kan aku dah speaking..haha..tokek ni boleh menyembuhkan penyakit yang tiada ubatnya iaitu penyakit AIDS dan HIV..ha..kecil2 cili padi tau tokek ni..lepas tu kan..dia juga boleh menyembuhkan penyakit gatal2..tapi ni bukan gatal yang miang dok menggedik-gedik, mengurat sana sini tu tau..ni memang sakit yang gatal2 dok tergaru2 tu..jangan salah faham pula..sebab kalau gatal yang tergedik2 tu memang tak ada ubat..kawin je ubat dia..haha

pastu kan..dulu katanya binatang ni bukan binatang yang termasuk dalam golongan pupus..so..kalau tangkap ke bela ke jual ke binatang ni pon tak menjadi kesalahan..tapi kenapa sekarang bila dah semua orang berniaga binatang tokek ni..keluarlah satu undang-undang baru mengatakan bahawa LESEN UNTUK MEMILIKI TOKEK NI ADALAH DIWAJIBKAN..jadi kat sini dah timbulnya satu masalah iaitu bagi orang yang memang sejak dari dulu bela binatang ni dah jadi risau sebab tak memiliki lesen untuk memiliki atau membela tokek ni..diorang macam complaint balik la..ni apa yang aku baca dari paper hari tu la..hmm..rasenye tu jela kot yang aku tau dan aku dapat kaji sikit2 pasal binatang comel ni..erk...?? comel ke..?? lu pikirla sendiri bak kata nabil..hehe..

okla..selamat mengkaji juga..daa (^_^)

Friday, January 14, 2011

LAMA SOSIAL MALAYSIA VS FACEBOOK..??

............ASSALAMUALAIKUM W.B.T..............

ha...cepat semua rakyat malaysia..dengar sini...!! cewah..macam apa je..haha..tak ada apa2 pun..cuma kat sini saya nak bagitau korang semua..malaysia pon ada laman sosial nya sendiri tau..yang dinamakan 1MALAYSIA..laman sosial ni lebih kurang sama macam FACEBOOK tau..kalau korang tak percaya tengok gambar kat bawah ni..


ha..sama tak..?? gambar ni saya ambil dari LAMAN RASMI OH! MEDIA'S..ni link 1MALAYSIA

maksudnya kat sini kan..kalau nak ikutkan semangat kita sebagai rakyat malaysia..kita patut sokong laman sosial buatan negara kita sendiri..betul tak..?? sebab facebook yang kita guna sekarang ni adalah diasas oleh foreigner..macam bak kata iklan kat tv kan.."gunalah buatan MALAYSIA.." hehe..

okla..tu je nak share..nak review pasal 1MALAYSIA ni pon tak boleh..sebab saya pon tak try sign up lagi..haha..selamat mencuba..daa..



p/s : lupa nak cakap..kalau nak buka link dia..dia memang selalu problem sikit..maybe sebab baru buat kot..sebab tu ada problem lagi..kena refresh banyak kali kalau tak boleh buka tau..

ANTARA GAJI DAN FAMILY..??

.........ASSALAMUALAIKUM W.B.T..............

ok la..pada pendapat korang semua kan..anatara gaji tinggi tapi tak dapat luangkan masa dengan family dan gaji rendah tapi ada masa untuk luangkan bersama family..yang mana satu korang akan pilih..?? dan kenapa..??

yela..memang la ada sesetengah orang cakap kalau pada zaman sekarang kita kena banyak berkorban sikit terlebih dahulu untuk memulakan satu kehidupan yang baru..terutamanya bagi fresh graduate..kita kena berkorban sedikit masa dengan family pada permulaan sebab kita baru nak memulakan alam pekerjaan..dan pada permulaan kebiasaanya fresh graduate tidak akan mempunyai duit yang banyak untuk survive..jadi gaji yang tinggi amat diperlukan..tetapi masa dengan family terpaksa dikorbankan..sebab duit juga adalah penting..


kadangkala..duit boleh melalaikan kita semua..-google image-

ada juga sesetengah yang mengatakan family adalah lebih penting dari gaji yang tinggi..sebab nya family adalah satu2 nya saudara kita yang terdekat dalam dunia ni..tetapi gaji merupakan rezeki masing2..yela..maksudnya kat sini..kalau kita lebih pentingkan family daripada gaji yang tinggi..maybe ada hikmah di sebaliknya..mungkin pada suatu hari kita akan dapat gaji yang lebih tinggi dari sebelumnya dan pada masa yang sama kita dapat meluangkan masa dengan family..bak kata orang rezeki ada di mana2..tetapi jika kita terburu2 memilih keputusan untuk memilih gaji yang lebih tinggi dari family..kita akan terlepas saat bersama family sampai bila2..

tapi ini semua atas pendapat masing2..dan cara yang terbaik jika kita semua mengalami situasi ini..kita hendaklah fikirkan kebaikan dan keburukan bagi setiap satu itu dan fikirkan jangka masa panjang..selain itu, sebagai umat islam..kita digalakkan melakukan solat istikharah untuk mendapatkan pilihan yang tepat..kerana sesungguhnya ALLAH itu maha mengetahui yang mana terbaikk untuk setiap hamba-Nya..

okla..kalau ada nak share apa2 sila la share ye..daa

Thursday, January 13, 2011

GA : SAYA NAK HADIAH DARI YanaMIB...

...........ASSALAMUALAIKUM W.B.T.............

uish gila la aku ni..tak pernah2 kot aku buat entry 3 sekali terus tanpa henti selama ni..terlebih rajin ke apa aku malam ni ek..huhu..tak apala..dah alang2 jawab tag..lebih baik jawab semua sekali terus kan..lagi senang..okla..sebenarnya..kali ni saya telah ditag oleh MAWAR MERAH untuk join GA yang dibuat oleh CIK YANA..memang baik hati sungguh la cik yana ni..free2 je nak bagi birthday present kat orang tau..(bodek jap..hehe) kalau korang nak tau pasal GA ni..klik SINI..


CIK YANA kita ni kata dia akan minta tolong khidmat daripada random.org untuk cari pemenang..5 orang yag bertuah akan dipilih untuk mendapat present tersebut..tarikh tutup penyertaan ni adalah 31 JAN 2011..so..apa lagi..cepat2 la join GA ni beramai2..hehe..nanti kalau cik yana guna khidmat random.org tu..cik yana sebut nama saya tau..sebab biasanya kalau bab2 luck ni saya kurang luck sikit..kesian kan..huhu..ha..oleh itu..jangan lupa tau cik yana pesan saya..haha

anda di tag ye wahai kawan2 ku di bawah ini :


ok la..itu je dari saya..dan selesai sudah semua tag saya jawab..daa..

AKU MAHU TOPAP FREE...!!

...........ASSALAMUALAIKUM W.B.T............

ha..kali ni memang MISZ FATIN telah membuka peluang kepada saya untuk mendapat topap free daripada contest yang telah dibuat oleh HUMBLEMODEST..terima kasih ye fatin sebab tag saya..and terima kasih juga kepada humble modest ni..hehe..ha..kalau korang tau lebih lanjut pasal contest ni korang boleh pergi kat SINI ye kawan2..hehe


syarat2 dia senang je..macam biasa la kan..jom kita teliti satu persatu..:

1) jadi follower HUMBLEMODEST dan like BLOGKU di facebook..
2) buat entry bertajuk AKU MAHU TOPAP FREE..!!
3) letakkan banner di dalam enry tersebut..
4) letakkan link entry tersebut di SINI
5) tag rakan lain min 2 orang & max 5 orang 
6) akhiri entry dengan Assalamualikum bagi muslim dan Selamat Sejahtera bagi non muslim..

ok..sebab saya nak juga bagi orang lain cuba nasib dalam contest ni kan..meh saya nak tag 5 orang:


pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah..!!

hadiah utama : topap RM 20
hadiah kedua : topap RM 10
hadiah ketiga : topap RM 5

so..apa lagi..berdoa la banyak2 ye agar anda semua adalah bertuah..hehe

ok la..gud luck semua..daa..ASSALAMUALAIKUM..


BLOGGER GEGARKAN 'U'...

...........ASSALAMUALAIKUM W.B.T...............

kali ni kan nak try pula segmen yang di buat oleh BEN ASHAARI kegemaran ramai ni..xtau la sempat lagi ke tak nak join benda ni..sebab biasanya dia buka penyeraan segmen dia satu hari je..and segmen ni dibuka tadi..so..kita try jela..kalau tak sempat pon tak apa..korang boleh juga tau pasal saya kan..haha (macam kau famous sangat ika oii sampai orang nak tau..huhu) 


ok..syarat dia senang je..jom kita ikut sama2 :

1) letak header blog BEN ASHAARI

2 ) tajuk entry BLOGGER GEGARKAN 'U' dan linkkan ke SINI

3) sila lengkapkan....

BELAJAR MANA? JURUSAN? TAHUN?

ok..saya sekarang belajar di UKM,Bangi..dan saya mengambil jurusan KEJURUTERAAN AWAM & STRUKTUR..sekarang ni saya dah masuk final year iaitu TAHUN 4..

ASAL MANA? UMUR?

saya berasal daripada SENAI,Johor..umur saya sekarang 23 tahun..

KENAPA AMBIL JURUSAN ITU?

hmm..sebenarnya saya ambil jurusan ni pon sebab saya lebih suka kan fizik daripada subjek biologi..lepas tu..saya fikir nak naik kan gred syarikat ayah saya bila saya dah jadi engineer nanti..sebab ayah saya seorang kontraktor..

CITA-CITA?

kalau time kecil2 dulu memang nak jadi cikgu atau pensyarah..tapi sebab bila dah ambil jurusan ni..dah bertukar nak jadi seorang engineer yang berjaya pula..hehe

okla..cukupla tu pasal saya..malu pula saya..hehe..daa

Wednesday, January 12, 2011

TERHARU GILA SAMPAI NAK NANGIS..HUHU

..............ASSALAMUALAIKUM W.B.T..............

aduuhh..entry kali ni tak tau nak cakap macam mana..punya la aku terharu tahap maximum..aku rasa macam aduuh...! menikam kalbu betul la..nak nangis jap..huhu..(T_T) terima kasih abang BEN ASHAARI yang sudi menjadi follower saya yang baru menapakkan kaki ke dalam dunia blogger ni selama baru beberapa bulan..huhu..biasanya kalau blogger yang famous2 ni susah nak follow follower dia balik..tapi abang ben memang terbaik la..(*zaapp..tabik spring jap kat dia..hehe) memang abang ben seorang blogger yang hebat..dan sentiasa bagi sokongan pada blogger2 yang baru mengenal dunia blog..harap dapat belajar cara menjadi seorang blogger yang hebat macam abang ben..

ok la..tu je nak luahkan..huhu..mari kita solat..!! daa

BROGA HILL...YEAH..!!

...........ASSALAMUALAIKUM W.B.T...........

ha..semalam aku ada cakap pra broga kan..sekarang ni..aku dah naik aku nak cite pasal pendakian aku lak..best ke tak..uish..! agak penat gak la kitorang panjat bukit ni..nama je bukit tapi mak aiihh penat dia..semput kot..dulu aku pernah panjat Gunung Ledang..tapi rasanya xde la penat sangat cam tadi kot..huhu..maybe sebab nya kitorang sampai tu dalam kedaan tergesa-gesa nak naik kot..sebab tu cepat pancit tengah2 jalan..

kitorang gerak kol 5 lebih dari ukm..then singgah berhenti solat kat masjid dulu..campur sesat lagi..kitorang sampai kat parking kaki bukit tu lebih kurang pukul 7 pagi..sebab tu la masing2 naik dengan tergesa2..yela..niat nak tengok sunrise..tapi sampai kol 7..takut tak sempat pulak nak tengok kan..

jalan naik ke bukit ni memang sangat mencabar..maybe ada hikmah jugak kot kitorang sampai lambat..sebab time tu dah cerah sikit kan so boleh nampak jalan dia macam mana..jalan dia nak mendaki tu terbelah sana terbelah sini..pastu macam ada gaung sikit..bukan gaung besar mana pon..aku tak tau nak panggil apa..so aku main sebut jela gaung..haha..ok la..malas nak cerita panjang2..jom tengok gamba..



ni kat kaki bukit sebelum mendaki..1.7 km untuk ke Broga Hill..


kitorang panjat sampai sini pukul 7.40 pagi time tu..


ha..ni kat puncak pertama..kitorang sempat jugak tengok sunrise tau..cuba tengok tu..hehe


ok..yang ni tambahan..hehe


cantikkan view dia dari atas..ni adalah view Pekan Broga..


cheh..konon berjaya mendaki la ni..haha


time ni dah turun sebab matahari dah naik..panas dan silau..huhu


ada buaian tau..cantikkan view dia kat sini..agak2 ni ke buaian time photoshoot dr sheikh muzaffar tu ek..


aku pon try la nak naik konon2 nak jadi dr harlina main buai..tapi tak sampai lak..dah jenjet pon tak sampai..sabo jela dengan ketinggian seadanya..huhu


ni gambar penutup..hehe..


masing2 muka penat lepas turun..haha

okla..tu je yang boleh aku cerita..penat badan tak hilang lagi..daa..