Saturday, April 23, 2011

KAJANG REDEVELOPMENT GUNA GOOGLE SKETCH UP....

...........ASSALAMUALAIKUM W.B.T..............

kali ni nak share sikit untuk sesiapa yang nak tau la kan..yang tak nak tau tak apa la..tak paksa pun suruh tau..tapi walau macam mana sekalipun saya tetap nak bagitau juga..haha

hari tu saya ada bagitau yang saya ditimbuni dengan banyak assignment kan..dan salah satunya adalah KAJANG DEVELOPMENT..so..dengan adanya google sketch up ni..kerja saya dan ahli group saya dah menjadi bertambah ringan sebab kita hanya perlu sketch je apa yang kita nak dekat google sketch up ni..ala..tak nak la cakap banyak2..nanti korang tak dapat tangkap pula apa yang saya membebel ni kan..jom kita tengok hasilnya..


ni la bandar Kajang after redevelopment yang kitorang proposed hasil daripada google sketch up tu..


yang bentuk macam M tu Metro Kajang..ni antara beberapa proposal kitorang:

1) yang bulat warna kelabu tu kitorang proposed nak buat terminal kat situ..yela..Kajang tu tak ada terminal bas yang betul..semua bas berhenti tepi jalan je..sebab tu la salah satu punca jam berlaku..
2) bangunan yang hijau sebelah kiri sekali tu..kitorang proposed nak buat satu bangunan untuk parking sahaja..seperti yang sedia maklum Kajang mempunyai kawasan lapang yang terhad..so..sebab tu la kitorang proposed bangunan ni untuk jimatkan space..

kalau korang perasan sebenarnya kitorang robohkan semua bangunan lama dan kitorang rebuild balik bangunan tu bia nampak lagi tersusun dan kemas..jalan pon kitorang lebarkan bagi kurangkan masalah jam..


bangunan ni la yang kitorang akan robohkan dan bina terminal bas dan teksi..


ok..ni pula side walk bandar Kajang yang penuh dengan barang2 pekerja kedai runcit kat situ..rasanya orang sekurus mana pun nak lalu tak muat nak lalu sebab penuh dengan barang2..huhu


so..kitorang proposed nak buat side walk ni kat tempat gambar yang saya tunjuk kat atas sebelum ni..sebab kedai2 kat atas ni kitorang demolish dan pindahkan dia ke dalam bangunan yang kitorang rebuild balik..maksudnya kat luar tu nanti tak adalah serabut dengan barang2 diorang lagi kan..and side walk ni pula kitorang divide into two..satu untuk pejalan kaki dan satu untuk cyclist..

tengok tu..dengan google sketch up kita bukan boleh buat bangunan je..kita boleh letak orang jalan, orang berbasikal, pokok, pagar dan banyak lagi la..tak ke senang kita nak gambarkan kat orang macam mana idea kita nak proposed tu macam mana nanti kan..


last sekali kitorang ada juga proposed space untuk kiosk2 dan tempat berehat..untuk projek ni..kitorang jadikan Kajang salah satu bandar hijau di mana kitorang tanam seberapa banyak pokok yang boleh kat Kajang ni sebab sekarang ni cuaca di bandar Kajang sangat panas dan kekurangan lanskap..

hmm..rasanya tu je la kot nak share kali ni..okla..daa.. 

No comments: